CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, November 8, 2009

Panduan Cinta

Ada satu rasa
Meresap jauh ke dalam jiwa
Menyentuh dan mengetuk pintu hati
Pecahlah hati
Terbit satu rasa
Timbul rasa gelora
Yang mengganas di dalam dada

Hati berbisik
Jiwa merintih
Mengharapkan kasih
Dari dua hati
Tersimpul mati
Tersimpan rapi
Di dasar hati

Nafsu mahu mengikut rasa
Alangkah indah jika bercinta
Akal menimbang ikut neraca
Takut salah terjerumus ke neraka
Hati pula ada dua
Sebelah legap sebelah bercahaya
Ikut legap masuk neraka
Ikut cahaya masuk syurga

Kalau benar mahu cinta
Carilah cinta ABADI
Dari DIA yang HAKIKI
Nescaya akan diberi-NYA cinta
Antara dua hati yang saling mencintai
CINTA YANG SEJATI SEHINGGA KE DUNIA ABADI

~NFK~28 FEB 2009 (9.20 PM)

0 comments: