Kalau kau tafsirkan dia
hawa yang lemah
bataskanlah tafsirmu pada pemikirannya
Jangan kau kira dia mudah kau mainkan
Usahlah kau sangka dia senang kau tewaskan
hanya
kerana kau percaya pada lebihnya kudratmu,
pada indahnya gaya mainanmu..
Lembut pada lidahnya,
Bukan bererti tiada tajam kata-katanya
Lemah pada anggota
Tidak bermakna lemah juga jiwanya
Lembut dia ada ketika
Lemah dia jangan dicuba
Cuba ingat pepatah lama
Perempuan jua yang menggoncang dunia
Ya syabab
Peluang diberi hanya sekali
Andai kau berpegang pada kata dan janji
tulus kerana ilahi
Sedialah dia menyerah diri
Ya syabab,
Bukan mudah untuknya membina
suatu tugu percaya
Bertahun lamanya…
Ingatlah wahai syabab,
Sekali engkau musnahkan kepercayaannya
Selamanya engkau tiada ditunggunya
Di Sini Bermulanya 11: Tanpa-Mu Siapalah Aku
6 years ago

0 comments:
Post a Comment