CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, November 8, 2009

Inspirasi Seorang Profesor

Post pertama, mungkin ada yang pernah membaca cerita ini tapi sekadar berkongsi suatu perumpamaan tentang kehidupan untuk difikir-fikir..

"Dalam kelas falsafah, seorang profesor berdiri depan kelas dewan kuliah, atas meja di depannya terdapat beberapa barang. Tanpa bercakap sepatah pun, dia memulakan kelas dengan mengambil sebuah balang yang besar dan mengisinya dengan bola golf.

Dia bertanya kepada pelajarnya, adakah balang tersebut akan penuh, dan pelajarnya menjawab "Ya!" Profesor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan menuangkan ke dalam balang tadi, lantas menggoncang lembut balang tersebut. Batu kerikil mengisi ruangan kosong antara bola-bola golf. Sekali lagi dia bertanya kepada pelajarnya dan lantas mereka menjawab "Ya!" Tanpa menjelaskan apa-apa, profesor mengambil pula sebuah kotak berisi pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut. Pasir pun mengisi ruangan antara batu kerikil dan bola golf. Dia bertanya lagi. Sekali lagi, walaupun penuh persoalan, rata-rata pelajarnya menjawab "Ya!"
Professor mengeluarkan pula dua cawan kopi dan menuangkan kopi tersebut ke dalam balang. Air kopi mengsi ruangan yang terdapat di antara pasir. Para pelajar ketawa melihat tindakan professor.

"Sekarang....." profesor mula bersuara apabila reda gelak ketawa pelajarnya. "Saya mahu anda menganggap balang ini sebagai kehidupan anda. Bola golf mewakili perkara penting dalam kehidupan anda iaitu Tuhan, keluarga, anak-anak, kesihatan, kawan dan semangat anda. Jika anda kehilangan segalanya tetapi perkara penting ini masih ada, hidup anda masih penuh. Batu kerikil mewakili perkara lain iaitu perkara-perkara kecil.
Sambungnya lagi, "Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang terlebih dahulu maka anda tiak akan mempunyai ruang untuk batu kerikil dan bola golf. Aplikasikan ini kepada kehidupan anda. Ibaratnya, anda mengutamakan perkara yang remeh-temeh terlebih dahulu, menghabiskan masa dan tenaga anda untuk perkara yang kecil, maka anda tidak akan punya ruang untuk perkara besar atau lebih penting dalam hidup anda".

Melihat pelajarnya tercengang, profesor menyambung, "Ambil perhatian pada perkara yang utama untuk kebahagiaan anda. Luangkan masa gembira untuk keluarga dan anak-anak. Jaga kesihatan serta hubungan anda sesama manusia sebaiknya dengan berpandukan agama. Sekiranya perkara yang utama didahulukan, anda masih ada masa untuk urusan-urusan kecil yang lain. Sila ambil berat akan bola golf dahulu iaitu perkara yang benar-benar penting. Tetapkan keutamaan. Perkara lain hanya pasir..."

Mesejnya pada tafsiran saya sendiri, sangat ringkas, mengenai keseimbangan hidup. Jika anda bijak memilih serta menilai untuk mengisi hidup anda dengan perkara yang utama terlebih dahulu, insyaallah keseimbangan akan hadir dalam hidup anda. Ibaratnya, anda memiliki sebuah rumah. Kosong, belum diisi dengan sebarang perabot. Untuk mengisi rumah anda, adakah anda akan membeli perhiasan-perhiasan kecil terlebih dahulu? Pasu bunga, bingkai gambar serta hiasan-hiasan kecil yang lain? Tentu tidak bukan? Anda tentu akan mendapatkan perkara yang lebih utama seperti set sofa barangkali, meja makan, peti serta dapur memasak tentunya. Keperluan serta hiasan lain hanya bakal menyusul dari semasa ke semasa bergantung kepada keinginan serta kemampuan anda sendiri. Begitulah dengan kehidupan kita. Situasi yang sama cuma aplikasi dan skopnya berbeza. Apa yang pasti, perkara yang utama itu tanpa sedar akan menarik perkara-perkara yang kecil untuk turut serta dalam hidup anda yang mana fungsinya sebagai pelengkap atau penambah perisa. Tentunya lebih indah dan manis bukan? Insyaallah..

0 comments: